ABOUT

 

RAZIE RAZAK & ASSOCIATES

Peguam Syarie Selangor / Peguam Syarie Wilayah Persekutuan / 

Peguam Syarie Melaka / Perunding Keluarga Islam / 

Peguam Panel Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


    Firma Razie Razak & Associates telah ditubuhkan secara rasmi pada 18 Jun 2008 bertempat di No. 30A, Jalan Bersatu 8. Taman Bersatu, 48000 Rawang, Selangor.


    Pada 8 Oktober 2012 firma kami telah berpindah ke alamat No. 11B, Jalan PBCH 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor. Selanjutnya pada 31 Ogos 2015 kami telah berpindah ke No. 4, Jalan Desa 13/8, Bandar Country Homes, 48000 Rawang Selangor sehingga kini.


    Puan Razie Aini selaku majikan dan pemilik firma telah mentadbir dan menguruskan operasi firma guaman ini dengan dibantu oleh Cik Nur Aliah sebagai Pelatih Dalam Kamar. Setiap tahun kami memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan praktikal (intern) daripada universiti awam dan swasta untuk pelajar tersebut memperkasakan ilmu pengetahuan.


    Firma guaman kami telah beroperasi sejak tahun 2008 sehingga kini. Kami telah beramal sebagai Peguam Syarie dan mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka.


    Kami pakar dalam mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah syariah antaranya kes-kes perceraian, kes  hak jagaan anak, harta sepencarian,  Faraid, Nafkah Iddah, Mutaah, tuntutan hutang dalam perkahwinan, kes pengesahan nikah, pengesahan percerai, tuntutan nafkah anak,  penjaga Ad litem dan kes-kes  lain yang berkaitan dengan  Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah serta Mahkamah Rayuan Syariah di Negeri Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan.



BIODATA

 

Nama         : RAZIE AINI BINTI ABDUL RAZAK

Pendidikan                                                      

: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah Wal 

  Qanun),  Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM)

: Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam, 

  Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM)

                                                                                

 

BIODATA PEKERJA

          Nama : NUR ALIAH FAQIHAH BINTI SHAHRUL AIZAM

          Pendidikan

            : Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian 
   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 
  : Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie,  
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

          Jawatan : Pelatih Dalam Kamar




MISI DAN MATLAMAT FIRMA

 

          Membantu pelanggan membuat tuntutan di Mahkamah Syariah berdasarkan hak dan berdasarkan panduan hukum Syarak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

          Membantu pelanggan menyelesaikan tuntutan di Mahkamah dengan kadar segera dan sebaik mungkin dengan kaedah perbincangan dan perbincangan secara baik (sulh) atau sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan maka kaedah perbicaraan di Mahkamah adalah berdasarkan prosedur yang ditentukan di dalam undang-undang bertulis negeri di mana kes tersebut berlangsung.

 

“Meletakkan hak kepada yang berhak”




No comments:

Post a Comment

Contact Us