Assalamualaikum.... selamat sejahtera untuk semua pembaca
Dalam meniti pengalaman selama 20 tahun dalam bidang guaman syarie ada ketika seronok juga berkongsi pengalaman mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah. Pengalaman mengendalikan kes tuntutan hutang di antara bekas isteri dengan bekas suami bermula dari Mahkamah Rendah Syariah sehinga ke peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Rayuan Syariah adalah satu pengalaman yang cukup berharga.
Kes ini bermula dengan tuntutan hutang di Mahkamah Rendah Syariah apabila saya dihubungi oleh client untuk membuat tuntutan hutang terhadap bekas suami beliau. Semasa client ini berjumpa dengan saya, beliau dan suami baru sahaja bercerai. Saya telah mengumpulkan segala dokumen dan bukti yang ada dan ternyata wujud transaksi hutang secara jelas di antara client saya dan bekas suami.
Apabila kes di failkan ke Mahkamah dan melalui proses perbicaraan pihak Defendan (bekas suami) mengaku kewujudan hutang tersebut dan mengaku mengggunakan wang secara bersama yang diperolehi daripada hasil pinjaman peribadi sebuah bank. Amaun pulak sangat banyak hampir 100k. Pada awalnya saya cuba menawarkan untuk kes diselesaikan secara baik dengan pembayaran hutang dibuat sama banyak tapi tidak dipersetujui. Nak tak nak kes ini perlu diteruskan dengan perbicaraan penuh sehingga ke peringkat hujahan.
Akhirnya selepas kes dibicarakan dan hujahan dimasukkan oleh peguam kedua belah pihak maka tibalah hari keputusan yang mendebarkan jiwa seorang peguam. Dah lah masa tu tengah mengandung anak ketiga tapi tetap jugak gagah hadir ke Mahkamah nak selesaikan tanggungjawab dengan harapan kes ini menang jadi boleh tutup fail sebelum bersalin.
Tapi itu lah kannn kita hanya mampu merancang tapi rancangan Yang Maha Esa adalah yang terbaik yang kita tak tahu apa hikmah di hari depan. Hari keputusan tiba dan pada masa hakim membacakan keputusan Mahkamah telah menolak tuntutan dengan alasan tiada dokumen bertulis yang menunjukkan akad hutang antara suami isteri. Nahhhh rasain bila terlebih konfiden bawak kes sekali Allah nak uji segala emosi berkumpul rasa nak meletup pun hadoooo..
Tapi usaha kami tidak terhenti setakat di Mahkamah Rendah sahaja......
Nantikan sambungan perjuangan kami berkaitan kes hutang di posttt akan datang...
SYARIAH ASAS KEADILAN
No comments:
Post a Comment