Wednesday, 6 May 2026

PROSES UNTUK MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH

Pemfailan kes di Mahkamah memerlukan penelitian dan pemahaman yang betul dari setiap pelanggan Mahkamah Syariah memandangkan setiap kes yang difailkan perlu merujuk kepada peruntukan undang-undang yang telah di gariskan di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Didalam blog ini saya akan membantu anda untuk memfailkan kes-kes di Mahkamah bermula dari pemfailan  dokumen saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah dan seterusnya proses-proses yang diperlukan untuk Plaintif membuktikan kes di Mahkamah.

Untuk tuntutan Nafkah Anak Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menyatakan di dalam seksyen 73 yang menyatakan:

Kewajipan menanggung nafkah anak 
73. (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. 

 (2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanakkanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan berapakah nafkah yang diperlukan untuk anak tersebut secara bulanan dan tahunan (awal tahun persekolahan dan hari raya). Perlu diingatkan kes-kes yang difailkan ke Mahkamah adalah di atas tanggungan dan pembuktian dari Plaintif. 

Untuk memastikan kes yang difailkan oleh Plaintif diterima oleh Mahkamah dan mendapat amaun yang diperlukan oleh anak maka Plaintif hendaklah menyimpan segala resit-resit pembelian untuk anak-nak dan membawa saksi ke Mahkamah.

Pembuktian secara dokumen dan sokongan saksi yang konsisten amat diperlukan untuk membantu Plaintif di Mahkamah.


SYARIAH ASAS KEADILAN


SEKIAN. TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment